Pada artikel sebelum ini broayietech ada berkongsi dengan anda panduan penjagaan laptop dan panduan penjagaan power adapter, untuk artikel kali ini broayietech akan berkongsi dengan anda panduan membeli power adapter atau power charging laptop dengan betul, perlu diingat jika salah membeli buruk padahnya.
kenapa perlu memilih power charging yang betul? kerana setiap pengeluar laptop dan model laptop mempunyai nilai voltage dan rintangan yang berbeza. Ikuti panduan dibawah.
- Anda perlu pastikan nilai voltage ( AC/DC ) dan rintangan ( A ) input dan output pada laptop anda, untuk mengetahui anda boleh tengok pada power charging laptop yang lama atau anda boleh buka battery dan dibawah tempat letak battery terdapat spefikasi adapter yang sesuai mengikut nilai voltage dan rintangan.
- Pastikan anda membeli power charging original untuk membelikan ianya original atau tidak anda boleh mengetahui dengan mengangkat power adapter tersebut jika ianya berat adalah original jika ringan ianya tiruan.
- Perlu memilih dan memastikan sambungan kepala penghubung diantara power charging dan slot power port di laptop anda sesuai
Nota Tambahan : broayietech tidak galakkan dibaikpulih kerana akan berlaku short circuit ( lintas pintas ), jika terdapat kecederaan pada kabel power charging seeloknya tukar yang baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan