28 September 2017

Panduan Membeli Laptop Second Hand

  broayietech       28 September 2017
Laptop satu keperluan bukan lagi kehendak, artikel kali ini broayietech akan berkongsi kepada anda diluar sana panduan membeli laptop second hand, agar anda tidak tertipu " Menang Membeli Alah Memakai " walaupun second hand.


1. Bentuk Fizikal

Casing, perhati keadaan casing laptop dalam keadaan baik atau tidak, jika berkeadaan baik pastinya pengguna sebelum ini menjaga dengan elok, jangan menyesal dikemudian hari.

Paparan / Skrin pastikan tidak terdapat dot dot atau titik hitam pada skrin, kerana skrin adalah komponen yang paling mahal, jangan nanti anda guna sekejap skrin dah blank atau tidak mengeluarkan paparan ataupun terdapat jalur di skrin.

Keyboard / touchpad, pastikan keyboard dan touchpad dalam keadaan baik, anda boleh menggunakan perisian keyboard tester untuk menguji samada keyboard dalam keadaan baik, jika perlu pada touchpad anda klik button pad right and left, pastikan ianya masih berfungsi.

2. Komponen Dalaman

Prossesor, pastikan prossesor Core i3 Atau AMD A5 series, dimana ianya mampu menjalankan sistem operasi windows 7 keatas, kebanyakkan perisian hanya menyokong windows 7 keatas

Ram / Memory pastikan ram minimum 2GB keatas dan laptop menyokong ram sehingga 4GB

Speaker, pastikan speaker dalam keadaan baik dengan memainkan lagu dan dengar keadaan speaker kiri dan kanan.

Battery laptop, untuk mengetahui samada keadaan battery masih ok atau tidak, anda boleh menggunakan perisian ini battery monitor , jika keadaan battery masih mencapai 50% ianya dalam keadaan baik.

Optical Drive, untuk mengetahui samada keadaan optical drive dalam keadaan baik, sediakan cd atau dvd untuk melakukan proses burning, jika ianya berhasil maka optical driver dalam keadaan baik.

Periferal lainLihat ciri-ciri laptop yang digunakan dalam spesifikasi. Semak fungsi-fungsi seperti bluetooth, webcam, touchpad, dan wifi jika ia merupakan laptop yang anda beli yang mempunyai ciri-ciri tersebut.

Hard Disk / komponen utama dalam laptop, pastikan hard disk dalam keadaan baik, cuba copy file atau maklumat ke dalam partition lain atau copy ke pendrive anda, jika semasa proses copy tiada masalah atau tersekat, hard disk dalam keadaan baik, broayietech ada berkongsi panduan mengetahui kerosakan pada hard disk, klik disini.

Lakukan pengujian stress test, minimum selama 1 jam bagi memastikan keadaan chipset laptop dalam keadaan baik atau overheat, bertanya kepada si penjual pernah melakukan cleaning servis, jika ianya tidak dilakukan masalah teruk akan terjadi kepada laptop anda, anda boleh menggunakan perisian ini  passmark burnt in test atau Furmark


Jika anda masih ragu-ragu, bawalah mereka yang arif komputer agar akan tidak ditipu hidup-hidup, elakkan melakukan transaksi online jika membeli barang second hand, seeloknya hanya COD ( cash on delivery )

logoblog

Thanks for reading Panduan Membeli Laptop Second Hand

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan