Dalam pemasangan komputer, apa pun sistem operasi, perkara penting ialah kewujudan driver dari komputer itu sendiri, tanpa driver komputer tidak akan dapat mengendalikan perkakasan yang disepadukan dengannya.
Artikel kali ini broayietech berkongsi dengan anda panduan backup driver laptop atau desktop windows dengan cmd ( Command Prompt ), namun segelintir pengguna terlupa menyimpan driver dan ada juga di halaman vendor tidak mempunyai driver, mengetahui driver adalah penting bagi menjalankan perkakasan yang ada pada laptop atau desktop. ikuti panduan dibawah.
Pada panduan kali ini kita akan manafaatkan fungsi DISM yang terdapat pada sistem pengendalian microsoft windows,sebelum itu anda buka command prompt sebagai administrator, setelah terbuka sila copy paste.
DISM /Online /Export-Driver /Destination:f:\driver
Nota : sila gantikan f:\driver dengan lokasi folder backup driver, pastikan folder tujuan sudah tersedia, jika tidak, ia akan terdapat mesej ralat.
Selepas mendapat mesej berjaya, ini bermakna driver telah berjaya dibackup. anda boleh menyemak dalam folder tujuan yang anda tetapkan sebelum ini.
Cara untuk restore driver backup:-
selepas memasang semula laptop / komputer anda seperti biasa, buka arahan prompt sebagai adminstrator, kemudian taip perintah seperti dibawah :-
DISM /Online /Add-Driver / Driver:f:\driver /Recurse
Nota : pastikan f:\driver dengan lokasi folder backup driver.
Trip ini boleh digunakan pada windows 7, windows 8 , windows 8.1 atau windows 10, semuga panduan ini memberi manafaat pada anda pengguna diluar sana, jika anda rasa artikel ini berguna silalah kongsi dengan menekan button share dibawah artikel ini.
Broayietech menyediakan perkhidmatan servis membaikpulih komputer dan laptop, boleh terus whatsapp atau call ke 017-918 7218( Perkhidmatan Ambil & Hantar Sekitar Chendering,Kuala Ibai & Wisma Negeri Terengganu. )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan